Peningkatan Asas Ict bersama SMK Suai

16 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos yang lalu, Pusat Internet Piasau bersama dengan Pusat Internet Peliau telah mengadakan Program Peningkatan Asas ICT untuk pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Suai.

Pelajar telah diberikan pendedahan mengenai advokasi Klik dengan Bijak selama satu jam melalui tayangan video dan juga secara teori, Mereka diberi pendedahan yang luas mengenai kaedah menjadi pengguna alam siber yang bijak di samping menjaga maklumat peribadi mereka ketika melayari internet.

Di samping itu, mereka turut didedahkan dengan Microsoft Office kerana memandangkan mereka adalah pelajar pra university, kemahiran menggunakan Microsoft Office amat penting demi memastikan mereka dapat menghasilkan kertas kerja atau tugasan dengan lebih efektif dan efisien.

Seterusnya, mereka turut diberi penerangan tentang komponen asas komputer, yang juga merupakan asas pengetahuan penting untuk mereka.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali